STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT

ASSALAMUALAIKUM para pelajar yang dikasihi sekalian. Awal tahun sesi pembelajaran semestinya mendapat banyak tugasan dari pensyarah. Walaubagaimanapun pelajar harus bijak menyusun strategi untuk menyiapkan tugasan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan.  

Lima langkah PENTING yang perlu dilakukan iaitu:



LANGKAH DEMI LANGKAH

1. KENALPASTI  MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI
  1. Mulakan tugasan dengan memahami tajuk tugasan yang anda perolehi.
  2. Tentukan skop pencarian dengan mengenalpasti tempoh masa dan kawasan geografi seperti yang dikehendaki.
  3. Kenalpasti konsep dan definisi yang terdapat dalam tajuk tugasan serta istilah-istilah yang berkaitan dengan tajuk tugasan anda. Anda perlu merujuk kepada kamus, thesaurus, glosari, ensiklopedia, buku panduan untuk mendapatkan maklumat berkaitan definisi dan istilah-istilah yang berkaitan.
2. KENALPASTI  BENTUK MAKLUMAT YANG AKAN DIGUNAKAN

Anda perlu mengenalpasti jenis bahan maklumat yang akan digunakan dan juga tahap maklumat yangdiperlukan. Ini adalah untuk memastikan anda menggunakan bahan maklumat tersebut secara berkesan.

Fakta ringkas
·         Kamus
·         Ensaiklopedia 
Maklumat biografi
·         Ensaiklopedia
·         Biografi
·         Autobiografi 
Maklumat semasa
·         Artikel Jurnal/ majalah
·         Keratan Akhbar
·         Akhbar
·         Internet 
Maklumat 
Mendalam
berkenaan 
sesuatu
subjek
·         Buku dan artikel jurnal
·         Buku lebih komprehensi tetapi  selalunya maklumat di dalamnya agak lama
·         Artikel jurnal memberikan maklumat yang lebih mendalam dalam subjek yang tertentu
·         Laman web juga memberikan maklumat yang lebih terperinci tetapi perlu dibuat penilaian laman web tersebut terlebih dahulu. 
Maklumat khusus
·         Kertas persidangan
·         Tesis
·         Standards
·         Laporan tahunan
·         Statistik

3. KENALPASTI  CARA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERSEBUT

Maklumat terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda perlu mengenal pasti sumber maklumat tersebut dan cara untuk mendapatkannya:

a) Buku dan jurnal
  • Gunakan OPAC Perpustakaan 
  • Sekiranya  bahan tiada di Perpustakaan, gunakan katalog Perpustakaan IPG atau universiti yang lain dan dapatkan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan. 
b) Artikel jurnal atau majalah
  • Pangkalan data percuma yang dipautkan dalam blog perpustakaan atau sumber elektronik PNM.
  • Indeks dalam bentuk bercetak atau elektronik. 
c) Artikel Akhbar
  • Akhbar online 
d) Internet
  • Menggunakan enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan lain-lain.

4. MEMBUAT PENILAIAN KE ATAS MAKLUMAT YANG TELAH DIPEROLEHI

Ketika mendapatkan maklumat, anda perlu membuat penilaian ke atas bahan-bahan maklumat yang diperolehi. Penilaian  adalah perlu untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah menepati tajuk tugasan.

Antara kriteria yang perlu diambil kira ketika membuat penilaian ialah:
  1. Ketepatan maklumat
  2. Kesesuaian maklumat
  3. Penulis diketahui atau pakar dalam bidang tersebut
  4. Jangkamasa maklumat
  5. Liputan maklumat
Bagi tugasan pada peringkat IPG, maklumat yang diperlukan adalah bersifat ilmiah/akademik.
Jika sekiranya anda tidak berpuashati dengan  maklumat yang diperolehi, ubahsuai pencarian maklumat di mana perlu.

5. MENYENARAIKAN  BAHAN RUJUKAN YANG DIGUNAKAN
    
Apabila memulakan tugasan, adalah amat penting menyenaraikan bahan-bahan maklumat yang digunakan secara bersistematik. Ini adalah untuk memudahkan anda mendapatkan kembali bahan tersebut sekiranya perlu kepada penambahan atau memperbetulkan maklumat yang tertentu.

Terdapat pelbagai format/ bentuk penulisan rujukan/ bibliografi yang boleh digunakan seperti sistem APA Styles (American Psychological Association), MLA Styles (Modern Language Association), Harvard System dan lain-lain  lagi. Sekiranya tidak pasti, rujuk kepada penyelia/pensyarah mengenai format yang perlu digunakan dalam tugasan anda.
    

SEMOGA BERJAYA DALAM TUGASAN ANDA !

Disediakan oleh:
Wan Mohd. Khairi Wan Awang
Ketua Pusat Sumber
IPGKSM
04 Januari 2016

Comments