CURI TULANG SEMASA KERJA

Gambar sekadar hiasan
Apakah yang dimaksudkan dengan “curi tulang’?


Kita sebagai pekerja, mestilah amanah terhadap tanggung-jawab yang diberikan kepada kita. Curi tulang berlaku apabila pekerja mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali kerja dengan pelbagai helah dan cara. Ada pekerja yang menjalankan tanggungjawab dengan tidak bersungguh-sungguh dan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Perbuatan curi tulang ini jika diteruskan amat merugikan diri sendiri terutama apabila kita memahami bahawa kerja adalah sebagai satu bentuk ibadah. Ia perlu dilakukan dengan tulus ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Apabila kerja diniatkan sebagai ibadah, kita akan mendapat ganjaran pahala, selain kita juga akan mendapat upahnya iaitu gaji. Namun, jika pengabaian dan pecah amanah berlaku, apabila kita melakukan “curi tulang”, kita tidak akan menerima pahala dari usaha kita itu malah rezeki yang kita terima tidak akan diberkati.

Sedar atau tidak antara perkara-perkara yang sering kita lakukan dimana ianya boleh disifatkan sebagai curi tulang atau pekerja yang tidak amanah adalah :
  1. Menggunakan waktu kerja untuk urusan peribadi atau melakukan urusan yang tiada bersangkutan dengan kerja. Contohnya : Menjalankan perniagaan peribadi (jual kosmetik, kain baju, kueh muih, promosi MLM, main kutu dan sebagainya.
  2. Keluar dari tempat kerja tanpa izin ketua. Contohnya : Pergi bayar bil, ambil anak, urusan bank, repair kereta, balik rumah dan sebagainya.
  3. Berbual-bual kosong atau bersembang dengan rakan sekerja yang tidak berkaitan dengan kerja.
  4. Menggunakan kemudahan dan peralatan tempat kerja untuk urusan peribadi. Contohnya: Melayari internet, download movie dan muzik, buat blog dan facebook peribadi dan lain-lain lagi.
  5. Menggunakan atau menipu semasa waktu kerja overtime untuk balik ke rumah dan datang semula hanya untuk punch out.
dipetik dari: blog surau al-hidayah

Comments