Cadangan untuk menukar nama baharu perpustakaan timbul semasa mesyuarat penyelarasan perpustakaan di KCL Hotel di Johor Bahru pada akhir tahun lepas. Untuk merealisasikan proses naik taraf IPGK agar setanding dengan IPT tempatan, maka penggunaan nama pusat sumber telah ditukar kepada perpustakaan. Jesteru itu, atas cadangan dan nasihat dari wakil IPGM iaitu Pn. Faridah, semua perpustakaan di IPGK perlu diberi nama. Nama-nama yang dipilih hendaklah nama-nama tokoh pendidik tempatan dan tidak diguna oleh mana-mana perpustakaan lain. Selepas membuat perbincangan dengan Pengarah IPG Kampus Sultan, iaitu En. Kamarudin Hashim, maka satu pertandingan pencalonan nama baharu diadakan. Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar dan juga pensyarah.
Selepas membuat pemilihan, nama-nama yang dicadangkan dibentangkan di dalam menyuarat M3P untuk mendapat persetujuan bersama. Bersandarkan kepada justifikasi yang kukuh, maka nama "al-Basuti" telah dipilih sebagai nama baharu bagi menggantikan nama asal iaitu Pusat Sumber Za'ba yang mana nama Za'ba telah digunakan oleh beberapa perpustakaan lain di Malaysia.

Secara ringkasnya, al-Basuti adalah gelaran seorang ulama yang
berpengaruh dalam masyarakat pada suatu ketika dahulu. Beliau merupakan datuk kepada Datuk Seri Idris Jusoh. Nama lengkap datuknya berdasarkan tulisan beliau sendiri ialah
Abdul Hamid bin Fadhlullah al-Basuti al-Falimbani.
Yang dimaksudkan dengan ‘al-Basuti’ ialah Besut di
Terengganu. Yang dimaksudkan dengan ‘al-Falimbani’ adalah sebuah kampung dalam daerah Besut di
Terengganu.
Comments
Post a Comment