MESYUARAT PENYELARASAN PERPUSTAKAAN BIL. 1/2013

TEMPAT: Hotel Vistana Kuala Lumpur
TARIKH: 22 - 25 April 2013

Antara Usul yang dibentangkan:
1. Penukaran MALMARC ke MARC 21
2. Bengkel (Resource Description Access) RDA
3. Pembelian buku secara terus oleh IPG Kampus. Bajet berterusan setiap tahun disalur ke kampus.
4. Buku MQA dan ISO dikemaskini. Senarai buku MQA dan MS ISO di IPGM hendaklah dikemaskini agar lebih terkini kerana terdapat senarai buku yang terlalu lama dan tidak ada lagi dalam senarai cetakan ulangan. Keadaan ini menyukarkan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Perpustakaan untuk membeli buku mengikut peraturan audit untuk ditempatkan di perpustakaan.
5. Sistem ILMU sering bermasalah terutama cawangan IPGK lain dengan server induk (Mengikut zon). Kadang-kadang masalah talian telekom dan cuaca juga boleh menyebabkan aktiviti-aktiviti pengkatalogan dan perkhidmatan kaunter tergendala lebih 2 hari. Cadangan agar IPGK memiliki server masing-masing.
6. Mohon dihapuskan inputsheet LAM-PT08-01 (MS ISO 9001:2008).
7. Bajet untuk perabut, kerusi dan infrastruktur lain disalur ke IPGK.
8. Semakan ISO dan MQA.

Hasil Mesyuarat:
Penubuhan 3 jawatankuasa mengikut bidang perkara utama:-


BIL
J/KUASA
ZON PENYELARAS
1
PRASEKOLAH
PEMULIHAN/PENDIDIKAN KHAS
      -          ZON SABAH (TAWAU)
      -          ZON SARAWAK (BT. LINTANG)
2
TEKNIKAL
      -          ZON UTARA (IPSAH)
3
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
      -          ZON SELATAN (IPTI)


Surat panggilan mesyuarat

Mesyuarat bersama wakil IPGM Pn. Faridah dan En. Salahuddin

Bersama wakil dari Paradigm yang membentangkan tentang penambahbaikan sistem ILMU

 Sesi taklimat oleh En. Bustaman wakil kepada Tn. Rektor yang tidak dapat hadir

Comments