Peraturan dan Syarat


PERATURAN PERPUSTAKAAN ZA’BA

  1. Pengguna diwajibkan memakai Kad Pelajar/Pekerja semasa berada di dalam Perpustakaan
  2. Pengguna tidak boleh meminjam bahan dengan mengguna kad orang lain.
  3. Pelajar wajib berpakaian kemas dan sopan seperti peraturan berpakaian untuk aktiviti kuliah dan PJ seperti yang digariskan oleh Jabatan Hal-Ehwal Pelajar (HEP).
  4. Dilarang membawa masuk beg (termasuk beg komputer), fail kotak, bungkusan dan payung ke dalam perpustakaan. Sila simpan di rak penyimpanan yang disediakan.
  5. Pengguna hanya dibenarkan membawa masuk 3 buah buku rujukan persendirian dan buku-buku tersebut hendaklah didaftarkan terlebih dahulu di kaunter pengawal keselamatan semasa memasuki perpustakaan.
  6. Semua bahan yang dibawa keluar dari perpustakaan mestilah ditunjukkan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter pengawal keselamatan.
  7. Pengguna dilarang sama sekali menyembunyikan buku, mengubah kedudukan perabot, peralatan atau perkakasan di perpustakaan.
  8. Pengguna dilarang sama sekali berbual, berbincang di ruang bacaan umum atau melakukan sebarang perbuatan yang mengganggu ketenteraman pengguna lain. Bilik perbincangan disediakan untuk tujuan tersebut dan hendaklah ditempah terlebih dahulu sekiranya perlu.
  9. Pengguna mesti berkelakuan baik, sopan dan dilarang merokok, makan, minum dan tidur semasa berada di dalam perpustakaan.
  10. Pengguna berlainan jantina dilarang berdua-duan di tempat-tempat yang sunyi di perpustakaan yang boleh menimbulkan syak dan buruk sangka.
  11. Tempat duduk tidak boleh ditempah. Buku dan fail yang sudah lama ditinggalkan di atas meja boleh dipindahkan oleh kakitangan perpustakaan untuk membolehkan pengguna lain menggunakan tempat tersebut.
  12. Dilarang membawa dan memindahkan bahan perpustakaan dari satu ruang koleksi ke ruang koleksi yang lain.
  13. Pengguna haruslah mengembalikan bahan yang telah digunakan ke rak khas atau troli yang disediakan. Jangan biarkan bahan tersebut bersepah di atas meja.
  14. Dilarang membuang sampah dalam atau luar bangunan perpustakaan.
  15. Pengguna yang membuat salinan bahan perpustakaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAKCIPTA.
  16. Pengguna mestilah mematuhi setiap peraturan tambahan yang ditetapkan ketika menggunakan perkhidmatan / kemudahan perpustakaan seperti perkhidmatan komputer, Bilik Multimedia, Bilik Karel, Bilik Mesyuarat dan sebagainya.
  17. Pengguna yang mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) atau Kursus Dalam Cuti (KDC) dan berdaftar dengan perpustakaan mesti memulangkan bahan yang dipinjam sebelum tamat setiap sesi kursus.
  18. Pensyarah atau kaki tangan perpustakaan yang melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus-kursus jangka panjang atau bercuti panjang masih tertakluk dengan peraturan pinjaman dan dendaan perpustakaan.
  19. Pensyarah dan kaki tangan yang bertukar tempat kerja, tamat perkhidmatan/kontrak, berhenti atau bersara mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam.
  20. Pelajar yang menangguh pengajian, digantung pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat pengajian mesti memulangkan semula semua bahan yang dipinjam.
  21. Nama Pelajar semester akhir yang tidak menjelaskan dendaan atau tidak memulangkan bahan yang dipinjam sebelum tamat pengajian akan dihantar ke Unit Peperiksaan dan Penilaian untuk tindakan lanjut (ijazah/diploma akan ditahan).
  22. Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Sila rujuk Kesalahan dan Denda bagi yang melanggar peraturan perpustakaan.
  23. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan barangan milik pengguna semasa berada di dalam kawasan perpustakaan.
  24. Pelawat perpustakaan adalah tertakluk kepada Peraturan PS dan maklumat yang diberikan oleh kakitangan perpustakaan.
  25. Pihak perpustakaan berhak menambah dan meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa.
 
KEAHLIAN

1.  Ahli Biasa:
            1.1       Semua pelajar IPG Kampus Sultan Mizan
            1.2       Semua kakittangan akademik IPG Kampus Sultan Mizan
            1.3       Semua kakitangan am IPG Kampus Sultan Mizan
            1.4       Semua murid PraSekolah (Tunas Madani IPG KSM)

2.  Ahli Luar:
            2.1       Peserta kursus yang mendaftar di IPG Kampus Sultan Mizan.
            2.2       Pekerja swasta IPG Kampus Sultan Mizan.
            2.3       Pelajar IPTA yang menyertakan surat kebenaran dari Pengarah IPG
                        Kampus Sultan Mizan.

Dua kategori ahli luar:
            a)         Ahli Merujuk                - individu dibenarkan membuat rujukan sahaja.
            b)         Ahli Meminjam             - individu dibenarkan membuat rujukan dan 
                                                              meminjam.

Syarat-Syarat Keahlian

1.         Kad keahlian tidak boleh ditukar milik.
2.         Ahli boleh mendapatkan semua perkhidmatan yang ditetapkan mengikut
kelayakan masing-masing.
3.         Bayaran menyediakan kad ahli dengan bayaran RM5.00 (ahli luar) sahaja.
4.         Kad ahli yang rosak atau hilang perlu diganti dengan yang baharu dengan
bayaran RM5.00 sahaja.
5.         Tenaga pengajar atau pelajar  dari IPTA/institusi/sekolah yang tidak
mendaftar mestilah mengemukakan surat pengesahan daripada Pustakawan masing-masing.      
6.         Pegawai kerajaan/badan berkanun/swasta yang tidak mendaftar mesti
            mengemukakan pengesahan daripada Ketua Jabatan masing-masing.
KESALAHAN DAN DENDA
 
BIL
KESALAHAN
DENDA / TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL
1.
Mencuri bahan perpustakaan.
Gantung keahlian selama 1 semester.
2.
Mengoyak bahan dengan sengaja.
Denda tidak melebihi RM200.00
3.
Menconteng bahan dengan sengaja.
Mengesyorkan tindakan yang lebih keras kepada Ketua Jabatan HEP.
4.
Merosakkan atau menyalahgunakan alat pandang dengar / komputer.
Mengesyorkan kepada Pengarah supaya pengguna dibuang dari IPG.
5.
Makan minum dalam perpustakaan.





Gantung Keahlian Selama
Satu Bulan
6.
Menyalahgunakan perabot, mengalih dan merosakkannya.
7.
Membuat bising / menganggu ketenteraman pengguna lain.
8.
Mambawa beg / beg besar masuk ke perpustakaan tanpa kebenaran.
9.
Menyepahkan / meninggalkan buku di atas meja.
10.
Memindahkan bahan dari satu lokasi ke lokasi lain.
11.
Membawa dan menyepahkan bekas makanan / minuman di bangunan perpustakaan.
12.
Menghilangkan bahan perpustakaan.
Membayar harga bahan mengikut 2 kali ganda harga semasa atau
menggantikan bahan yang sama serta membayar wang proses sejumlah RM50.00


DENDA LEWAT PEMULANGAN

Denda lewat pemulangan seperti berikut:

Jenis koleksi
Tempoh Kelewatan
Kadar denda
Akses terbuka
Lewat 1 hari
RM0.20/hari
Lewat 4 minggu
Harga buku + RM50.00

Lewat seterusnya akan dianggap peminjam telah menghilangkan bahan yang dipinjam.

Denda menghilangkan, mengoyakkan dan merosakkan bahan.

1.      Peminjam hendaklah menggantikan dengan bahan yang sama berserta wang proses dan denda sebanyak RM50.00 atau membayar Tiga Kali Ganda harga semasa bahan tersebut.
2.  Peminjam yang terus tidak memulangkan bahan yang dipinjam akan dikenakan tindakan seperti pemotongan elaun dan tidak dibenarkan menggunakan lain-lain kemudahan perpustakaan. Jika masih ingkar, pihak Perpustakaan Za’ba akan mencadangkan agar ijazah/diploma/sijil pelajar tidak dikurniakan dan keputusan peperiksaan digantung.
3.  Kakitangan IPG Kampus Sultan Mizan yang menghilangkan, mengoyakkan atau merosakkan bahan pinjaman akan diberi pilihan sama ada menjelaskan harga bahan berkenaan secara tunai ataupun secara potongan gaji oleh Bahagian Gaji IPGKSM.

Comments