8 SIFAT PEMIMPIN YANG BAIK



Menurut William Glasser dalam bukunya Choice Theory, sesungguhnya di dalam situasi yang paling ekstrem sekalipun, seseorang tidak dapat dipaksa untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Jikalau seseorang dipaksa melakukan sesuatu pekerjaan, hasilnya adalah tidak memuaskan.
Di dalam bukunya tersebut, William menyebutkan lapan ciri perilaku yang menggambarkan sifat seorang pemimpin yang baik.
  1.  Memberi contoh kejayaan kepada orang bawahan.
Alasan umum seseorang tidak berusaha keras dalam bekerja adalah kerana mereka tidak tahu tujuan utama mereka bekerja. Tiada arah tujuan sering mematahkan motivasi kerja. Oleh sebab itu, seorang pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh memberi contoh kejayaan yang boleh diraih oleh orang bawahannya.
  1.  Menyediakan peralatan yang mereka perlukan.
Ramai orang beranggapan, tugas seorang pemimpin adalah menyelesaikan masalah orang bawahannya. Namun, sebenarnya itu bukan tugas anda sebagai majikan. Daripada bertindak menyelesaikan masalah orang lain, lebih baik berikan orang bawahan anda cara dan alatan untuk mereka menyelesaikan masalahnya sendiri.
  1. Jangan lokek untuk memuji hasil kerja orang bawahan.
Pujian dan apresiasi terhadap hasil kerja orang bawahan juga dapat memotivasikan mereka untuk meningkatkan produktiviti dan membangun kepercayaan pada diri sendiri untuk lebih berjaya.
  1.  Berikan ruang untuk kesalahan.
Sesungguhnya kesalahan adalah guru terbaik bagi pembelajaran, maka berilah toleransi bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang bawahan. Mungkin kesalahan yang dilakukan mereka bukan kerana dia tidak cekap bekerja, tapi kerana tidak tahu akan sesuatu hal.
  1.  Memberi kepercayaan tanpa banyak campur tangan.
Pemimpin yang baik adalah seorang yang memberi kepercayaan tugas sepenuhnya kepada orang bawahannya. Biarkan mereka mengatasi segala masalah pekerjaannya sendiri. Namun, pada masa yang sama pastikan diri anda selalu ada untuk membantu saat mereka memerlukan anda.
  1.  Lebih baik bertanya daripada memberi nasihat
Seringkali orang bawahan anda tahu lebih banyak daripada yang anda pikir mereka ketahui. Tanyakan pendapat mereka tentang masalah-masalah yang sedang mereka hadapi di pejabat. Dengan demikian, anda membantu mereka mencari jalan keluar yang terbaik dari masalah tersebut. Hindari dari memberi nasihat, kerana kurang mendatangkan hasil.
  1.  Bersikap ramah.
Jangan berharap orang lain bersikap ramah kepada anda jika anda sendiri tidak ramah terhadap orang lain. Seorang pemimpin yang baik tidak perlu menjadi garang untuk tegas mengawal orang bawahannya. Dengan bersikap ramah, anda akan dapat melihat perkara-perkara positif dan memotivasikan orang bawahan anda untuk terus bekerja lebih baik lagi.
  1.  Tak kenal maka tak cinta.
Kepemimpinan berkait rapat dengan hubungan antara manusia. Sekiranya orang bawahan percaya bahawa anda mengambil berat kepada mereka, mereka akan berusaha lebih baik dalam bekerja. Kenali lebih dekat orang bawahan anda, dengarkan cerita dan keluh kesahnya. Pada akhirnya, kualiti kepemimpinan seseorang dapat dilihat dari kualiti hubungannya dengan orang di sekelilingnya.

Gambar sekadar hiasan

Comments

Post a Comment