KECURIAN DI PERPUSTAKAAN

TARIKH: 1 - 3 November 2013
MASA: Malam
TEMPAT: Perpustakaan al-Basuti

Satu kes kecurian telah berlaku di perpustakaan. Masa kejadian tidak dapat dipastikan kerana cuti panjang bermula pada 1 November - 3 November 2013. Kejadian disedari oleh staf pada pukul 7.50 pagi 4 November 2013 ketika ingin membuka pintu utama perpustakaan. Walaubagaimanapun, dianggarkan kejadian itu berlaku pada malam 3 haribulan iaitu serentak dengan kejadian pecah masuk di Jabatan Matematik. Laporan polis telah dibuat pada 4 November 2013 dan diharapkan sama-sama berdoa agar dibukakan pintu hati penjenayah tersebut untuk memulangkan semula barang-barang yang diambil.

Kronologi Kejadian

(4 November 2013)

7.40 pagi - Tiba di pejabat utama untuk punch card.

7.50 pagi - Tiba di perpustakaan seperti biasa untuk memulakan tugas selepas cuti selama 3 hari.

7.55 pagi - Mengambil kunci untuk membuka pintu utama perpustakaan tetapi saya dapati kunci pintu utama longgar dan terkehel dari kedudukan asal. Apabila saya memasukkan kunci, tombol kunci tertanggal dengan sendirinya. pada awalnya saya sangkakan tombol itu tertanggal kerana skrunya longgar dan memanggil pembantu operasi (Pok Nik) yang tiba sejurus selepas itu.

8.00 pagi - Pok Nik mengambil tombol tersebut untuk meletakkan semula di tempat asal dan meraha hairan kerana seoalah-olah ada kesan umpil dan mula mengesyaki sesuatu.

8.05 pagi - Tinjauan dibuat oleh Pok Nik di bahagian dalam perpustakaan dan dia terkejut kerana dua pintu bilik terbuka dan barang-barang di dalam bilik itu berselerakan.

8.10 pagi - Pok Nik memanggil saya dan memberitahu bahawa perpustakaan dipecah masuk dan saya melihat bilik-bilik keadaan bilik yang berselerakan.

8.15 pagi - Saya mendapati ada duit seringgit di atas lantai di hadapan pintu kaunter sirkulasi dan memberitahu kepada Pok Nik. Pok Nik mengambil bekas duit denda pelajar dan mendapati duit di dalamnya hilang.

8.20 pagi - Saya bergegas ke bilik saya dan mendapati kesan umpilan pada mangga dan kunci tombol. Bilik saya berselerakan. Semua laci-laci diselongkar dan saya dapati Laptop hak milik kerajaan yang berada di atas meja beserta beg sandang telah hilang. Laptop memang saya letak di atas meja kerana untuk kegunaan harian saya dan saya tidak menyimpannya di dalam laci berkunci kerana di dalam bilik saya tidak disediakan almari berkunci. Yang ada hanya almari besi yang tidak ada kunci (kunci hilang kerana almari besi lama).

8.20 pagi - Saya dan staf lain memeriksa kawasan lain dan di dapati juga ada kesan selongkar.

8.30 pagi - Saya menghubungi pihak pentadbiran dan memaklumkan kejadian tersebut.

8.40 pagi - KUKP bersama Timb. Pengarah tiba dan melihat kejadian yang berlaku dan setelah disahkan kejadian tersebut, Timb. Pengarah meminta saya melaporkan kejadian kepada pihak polis.

8.55 pagi - Saya bersama KUKP ke balai polis dan membuat laporan seperti di bawah...

Salinan laporan polis
10.30 pagi - Pihak polis datang membuat siasatan.

Pegawai polis mengambil cap jari

Kosong - Duit denda pelajar lesap

Bilik KPS pun di pecah masuk


Pintu bilik KPS yang dipecah



Semua laci kabinet diselongkar

Bilik Pembantu Kanan Perpustakaan Pn. Suziana Mat Ali


Pintu dicungkil

Laci kabinet dan barang-barang diselongkar



Bilik Pustakawan Pn. Nik Sabariah Nik Mustapha


Barang-barang bersepah


Perbuatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab

Lain-Lain Kabinet Yang Diselongkar






Kabinet lain pun jadi mangsa

Comments