CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI





SENARAI TUGAS KAKITANGAN




KETUA PERPUSTAKAAN
HAJAH WAN KAMSIAH BINTI WAN AHMAD






 PUSTAKAWAN
HASRIMI BIN MOHAMED
  1. Menerima borang cadangan pesanan buku daripada pensyarah (LAM-PT-12-03).
  2. Menyenaraikan dan mendapatkan harga buku yang hendak dibeli dari pembekal.
  3. Menyemak pesanan penghantaran (Delivery Order) serta invois dengan buku yang diterima.
  4. Memastikan buku yang diterima sama seperti yang tercatat dalam borang pesanan.
  5. Mengisi input sheet, mengkatalog dan mengkelaskan thesis mengikut  sistem pengkelasan DDC dan mana-mana sistem pengkelasan yang diamalkan di Institut Pendidikan Guru (AK-PT08-01).
  6. Membuat semakan buku baharu yang diterima di dalam sistem ILMU.
  7. Menyemak rekod perolehan buku yang sedia ada dan mengemaskini rekod perolehan.
  8. Menyemak koleksi berasaskan kepada kurikulum pendidikan guru (Rujuk LAM-PT08-05).
  9. Mengurus dan melaksanakan program pendidikan pengguna (literasi pengguna).
  10. Menguruskan pinjaman antara perpustakaan (ILL).
  11. Menguruskan program latihan kakitangan perpustakaan.
  12. Menguruskan program promosi penggunaan perpustakaan dan pembudayaan ilmu.
  13. Penggerak MS ISO.
  14. Mengawal selia  setiap aktiviti yang dijalankan di perpustakaan.
  15. Ketua Zon 4 untuk program EKSA (sentiasa memastikan zon sentiasa berada dalam keadaan kemas dan tersusun)
  16. Mengawal selia staf perpustakaan.
  17. Memeriksa dan memastikan semua suis lampu dan penghawa dingin mengikut zon masing-masing ditutup setengah jam sebelum balik.
  18. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.  



    PENOLONG PUSTAKAWAN
    (KOSONG)


    1.      Mengisi input sheet, mengkatalog dan mengkelaskan buku/jurnal mengikut  sistem  pengkelasan DDC dan mana-mana sistem pengkelasan yang diamalkan di Institut Pendidikan Guru (AK-PT08-01).
    2.      Memasukkan data buku dalam templat modul katalog.
    3.      Mencetak barcode dan spine label buku dan diserahkan kepada PO.
    4.      Memantau nama pelajar dan staf yang lewat memulangkan buku sebulan sekali.
    5.      Menghantar notis pemulangan melalui tutor jika pelajar dan staf lewat/tidak memulangkan buku mengikut tarikh pemulangan.
    6.      Membuat panggilan kepada pelajar dan staf yang lewat/tidak memulangkan buku sekiranya notis pemulangan tidak diendahkan.
    7.      Penggerak prosedur kualiti MS ISO.
    8.      Membantu pustakawan mengurus program pendidikan pengguna.
    9.      Membantu pustakawan mengawal selia staf perpustakaan.
    10.      Menyelia petugas di kaunter sirkulasi.
    11.      Membuat laporan pembayaran denda lewat pemulangan untuk diserahkan kepada unit kewangan setiap bulan.
    12.      Menguruskan kes kehilangan/kerosakan buku yang dipinjam oleh pelajar atau staf.
    13.      Ketua Zon 1 untuk program EKSA (sentiasa memastikan zon sentiasa berada dalam keadaan kemas dan tersusun)
    14.      Memeriksa dan memastikan semua suis lampu dan penghawa dingin mengikut zon masing-masing ditutup setengah jam sebelum balik.
    15.      Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.



    PEMBANTU PUSTAKAWAN KANAN
    MARIANA BINTI MAT RIFIN

    1.      Memproses dan mengkatalog dan memasukkan data bahan-bahan sumber media CD, DVD & ABM.
    2.      Memasukkan data bahan terbitan bersiri yang telah mempunyai nombor pengkelasan.
    3.      Menyedia, mengedar dan mengumpul Borang Penilaian Perkhidmatan Perpustakaan kepada pelajar setiap semester.
    4.      Menguruskan Borang Permohonan keahlian (LAM-PT08-02).
    5.      Menerima dan menyemak borang permohonan dan memasukan data pelajar baharu untuk  keahlian.
    6.      Bertugas di kaunter sirkulasi mengikut jadual yang ditetapkan.
    7.      Mengemas dan menyusun buku pada pukul 8.00 – 9.00 pagi (redspot &  majalah).
    8.      Ketua Zon 2 untuk program EKSA (sentiasa memastikan zon sentiasa berada dalam keadaan kemas dan tersusun)
    9.      Setiausaha dan bendahari perpustakaan.
    10.      Mengecop dan merekodkan penerimaan akhbar dan majalah setiap hari.
    11.      Memeriksa dan memastikan semua suis lampu dan penghawa dingin mengikut zon masing-masing ditutup setengah jam sebelum balik.
    12.      Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan. 



    PEMBANTU PUSTAKAWAN
    WAN MOHD SHAHRIDHAN BIN WAN ANWAR

    1.      Menyemak maklumat perolehan yang direkod sama dengan senarai invois.
    2.      Memeriksa keadaan fizikal buku yang diterima. Sekiranya rosak laporkan kepada pustakawan.
    3.      Merekodkan buku, jurnal, thesis yang telah disemak ke dalam buku rekod perolehan.
    4.      Mengecop hak milik institut pada muka surat judul atau muka surat verso dan mana-mana muka surat mengikut polisi Perpustakaan.
    5.      Mencatat nombor perolehan pada muka surat judul.
    6.      Ketua Zon 3 untuk program EKSA (sentiasa memastikan zon sentiasa berada dalam keadaan kemas dan tersusun)
    7.      Menyusun buku setiap hari pada 8.00 – 9.00 pagi (rujukan & buku teks).
    8.      Jurufoto untuk setiap aktiviti yang berlangsung di perpustakaan.
    9.      Menjaga kaunter sirkulasi mengikut jadual yang ditetapkan.
    10.      Memeriksa dan memastikan semua suis lampu dan penghawa dingin mengikut zon masing-masing ditutup setengah jam sebelum balik.
    11.     ` Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan. 



        PEMBANTU OPERASI
        SUHAINE LAILY BINTI TAHA

        1.      Menjilid soalan-soalan peperiksaan yang diterima setiap semester.
        2.      Membaikpulih buku-buku yang rosak (Rujuk AK-PT08-03-Arahan Kerja Pembaikan Buku).
        3.      Melekatkan spine-label, barcode, strip dan slip tarikh pemulangan pada buku.
        4.      Meletakkan buku yang telah siap diproses di rak (Rujuk AK-PT08-02)
        5.      Mengumpul, menyusun dan menjilid  input sheet dan soalan peperiksaan.
        6.      Mengemas dan menyusun buku pada pukul 8.00 – 9.00 pagi (rak terbuka).
        7.      Bertugas di kaunter sirkulasi mengikut jadual yang ditetapkan.
        8.      Ketua Zon 5 untuk program EKSA (sentiasa memastikan zon sentiasa berada dalam keadaan kemas dan tersusun)
        9.      Menyediakan statistik pinjaman buku setiap bulan.
        10.      Memeriksa dan memastikan semua suis lampu dan penghawa dingin mengikut zon masing-masing ditutup setengah jam sebelum balik.
        11.      Mengurus dan merekod jualan kad fotostat untuk diserahkan kepada pembekal.
        12.      Memastikan perpustakaan dalam keadaan baik. Sekiranya ada kerosakan sila buat laporan.
        13.      Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan. 


        Berdasarkan senarai tugas yang dinyatakan, Setiap pegawai di Perpustakaan Al-Basuti dikehendaki menyediakan laporan setiap bulan kepada Ketua Unit Pusat Sumber pada atau sebelum 7 haribulan setiap bulan. Laporan tersebut hendaklah selaras dengan apa yang dicatatkan dalam Fail Meja masing-masing. Format laporan akan disediakan oleh Ketua Unit Perpustakaan.

        Comments