PERATURAN


  1. Pengguna diwajibkan memakai Kad Pelajar/Pekerja semasa berada di dalam Perpustakaan.
  2. Pengguna perlu membawa kad ahli dan tidak boleh mengguna kad orang lain bagi meminjam bahan perpustakaan.
  3. Pelajar wajib berpakaian kemas dan sopan seperti peraturan berpakaian untuk aktiviti kuliah dan PJ seperti yang digariskan oleh Jabatan Hal-Ehwal Pelajar (HEP). 
  4. Dilarang membawa masuk beg (kecuali beg komputer), fail kotak, bungkusan dan payung ke dalam perpustakaan. Sila simpan di rak penyimpanan (loker) yang disediakan.
  5. Pengguna hanya dibenarkan membawa masuk 3 buah buku rujukan persendirian dan buku-buku tersebut hendaklah didaftarkan terlebih dahulu di kaunter pengawal keselamatan semasa memasuki perpustakaan.
  6. Semua bahan yang dibawa keluar dari perpustakaan mestilah ditunjukkan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter pengawal keselamatan. 
  7. Pengguna dilarang sama sekali menyembunyikan buku, mengubah kedudukan perabot, peralatan atau perkakasan di perpustakaan. 
  8. Pengguna dilarang sama sekali berbual, berbincang di ruang bacaan umum atau melakukan sebarang perbuatan yang mengganggu ketenteraman pengguna lain. Bilik perbincangan disediakan untuk tujuan tersebut dan hendaklah ditempah terlebih dahulu sekiranya perlu. 
  9. Pengguna mesti berkelakuan baik, sopan dan dilarang merokok, makan, minum dan tidur semasa berada di dalam perpustakaan. 
  10. Pengguna berlainan jantina dilarang berdua-duaan di tempat-tempat yang sunyi di perpustakaan yang boleh menimbulkan syak dan buruk sangka. 
  11. Tempat duduk tidak boleh ditanda. Buku dan fail yang sudah lama ditinggalkan di atas meja boleh dipindahkan oleh kakitangan perpustakaan untuk membolehkan pengguna lain menggunakan tempat tersebut.
  12. Dilarang membawa dan memindahkan bahan perpustakaan dari satu ruang koleksi ke ruang koleksi yang lain. 
  13. Pengguna haruslah meneletakkan bahan yang telah dipulangkan ke rak khas (Drop Box) atau troli yang disediakan. Jangan menyusun kembali bahan ke rak. 
  14. Dilarang membuang sampah dalam atau luar bangunan perpustakaan.
  15. Pengguna yang membuat salinan bahan perpustakaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAKCIPTA.
  16. Pengguna mestilah mematuhi setiap peraturan tambahan yang ditetapkan ketika menggunakan perkhidmatan / kemudahan perpustakaan seperti perkhidmatan komputer, Bilik Multimedia, Bilik Sarjana, Bilik Mesyuarat dan sebagainya.
  17. Pengguna yang mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) atau Kursus Dalam Cuti (KDC) dan berdaftar dengan perpustakaan mesti memulangkan bahan yang dipinjam sebelum tamat setiap sesi kursus.
  18. Pensyarah atau kaki tangan perpustakaan yang melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus-kursus jangka panjang atau bercuti panjang masih tertakluk dengan peraturan pinjaman dan dendaan perpustakaan.
  19. Pensyarah dan kakitangan yang bertukar tempat kerja, tamat perkhidmatan/kontrak, berhenti atau bersara mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam.
  20. Pelajar yang menangguh pengajian, digantung pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat pengajian mesti memulangkan semula semua bahan yang dipinjam.
  21. Nama Pelajar semester akhir yang tidak menjelaskan dendaan atau tidak memulangkan bahan yang dipinjam sebelum tamat pengajian akan dihantar ke Unit Peperiksaan dan Penilaian untuk tindakan lanjut (ijazah/diploma akan ditahan).
  22. Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Sila rujuk Kesalahan dan Denda bagi yang melanggar peraturan perpustakaan.
  23. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan barangan milik pengguna semasa berada di dalam kawasan perpustakaan.
  24. Pelawat perpustakaan adalah tertakluk kepada Peraturan dan maklumat yang diberikan oleh kakitangan perpustakaan. 
  25. Pihak perpustakaan berhak menambah dan meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa.

Comments