KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB SAHABAT



KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB SAHABAT
PERPUSTAKAAN
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN



1.0      PENGENALAN

Perpustakaan merupakan gerbang ilmu dan sumber maklumat kepada semua warga institut  dan
masyarakat sekitarnya. Ia memainkan peranan penting sebagai sebuah pusat pengurusan ilmu dan maklumat global. Sehingga tahun 2012, koleksi perpustakaan telah meningkat dan terdiri dalam pelbagai bidang ilmu.  Koleksi ini terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bahan bercetak serta elektronik. Jesteru itu, sejajar dengan perkembangan masa, Kelab Sahabat Perpustakaan IPG Kampus Sultan Mizan wajar ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu dalam memperkasakan fungsi perpustakaan.


2.0      OBJEKTIF 

2.1       Memberi pengetahuan asas kepada kumpulan sasaran mengenai Perpustakaan  dan kaedah pengendaliannya.
2.2       Memberi galakan kepada kumpulan sasaran untuk berkhidmat kepada perpustakaan.
2.3       Memberi latihan dan membina kemahiran kepada kumpulan sasaran dalam aspek perpustakaan.
2.4       Menggalakkan dan menanam minat kepada kumpulan sasaran untuk mempunyai perpustakaan sendiri.
2.5       Mendidik kumpulan sasaran menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan pengguna perpustakaan.


3.0       MOTTO

'
Ilmu Sahabat Sepanjang Hayat'


4.0      KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk Kelab Sahabat Perpustakaan dipilih di kalangan pelajar yang berminat di IPG Kampus Sultan Mizan.


5.0      AKTIVITI

5.1       Menyisih dan menyusun (sorting & shelving).
5.2       Membantu menyediakan aktiviti & pameran pada bulan membaca.
5.3       Membantu perpustakaan dalam aktiviti bulan gerakan membaca.
5.4       Membantu aktiviti keceriaan perpustakaan.
 

6.0       KELEBIHAN AHLI KELAB

6.1      Tempoh pinjaman buku untuk ahli kelab selama tiga (3) minggu.
6.2      Jumlah pinjaman buku untuk ahli kelab sebanyak 8 judul.
6.3      Ahli kelab akan dijemput menghadiri aktiviti/seminar/ceramah yang dianjurkan oleh perpustakaan.
6.5      Kemudahan memiliki bilik gerakan. 
6.6      Ahli kelab akan diberi kad dan sijil keahlian Kelab Sahabat.
6.7      Minuman ringan akan disediakan semasa menjalankan kerja-kerja atau aktiviti khusus di perpustakaan.
 

7.0      PENUTUP

Diharap dengan penubuhan kelab ini dapat membantu memperkasakan fungsi perpustakaan dan dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada warga IPGKSM.
 

Disediakan oleh:

……………………………
(WAN MOHD. KHAIRI BIN WAN AWANG)
Ketua Unit Perpustakaan
IPG Kampus Sultan Mizan
Besut 22200
Terengganu


Disahkan Oleh

................................................
(EN. KAMARUDIN BIN HASHIM)
Pengarah
IPG Kampus Sultan Mizan
Besut 22200
Terengganu

            ULASAN:
            ______________________________________________________________
            _____________________________________________________________
            ______________________________________________________________

Comments