Pengenalan


Perpustakaan Za’ba merupakan gerbang ilmu dan sumber maklumat kepada semua warga institutn dan masyarakat sekitarnya. Ia memainkan peranan penting sebagai sebuah pusat pengurusan ilmu dan maklumat global. Sehingga tahun 2011, koleksi perpustakaan telah meningkat dan terdiri dalam pelbagai bidang ilmu.  Koleksi ini terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bahan bercetak serta elektronik. 
Perpustakaan Za’ba menggunakan Integrated Library Management Utility (ILMU) sebagai sistem pengautomasian sumber.  Sistem ini memudahkan pengguna mengakses maklumat bahan yang terdapat dalam pusat sumber dengan cepat dan mudah.  Pencarian maklumat boleh dibuat melalui termina OPAC yang disediakan di Perpustakaan Za’ba.  Pengguna juga boleh mengaksesnya dengan menggunakan laman web Perpustakaan Za’ba, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.  Melaluinya juga, pengguna boleh membuat pencarian e-jurnal dan e-book. Sebagai gerbang ilmu dan maklumat, Perpustakaan Za’ba sentiasa berusaha menambahbaik kualiti perkhidmatan bagi mencapai visi dan misi  New IPG.

Comments