TENTANG AL-BASUTI

SEJARAH RINGKAS

Perpustakaan al-Basuti dibina serentak dengan pembinaan kampus IPGK Sultan Mizan (IPGKSM) yang pada asalnya dikenali dengan nama Maktab Perguruan Besut (MPB) pada tahun 1990. Pembinaan kampus IPGKSM menelan belanja sebanyak RM57.1 juta. Pada 1 Jun 1999, IPGKSM mula digunakan secara rasmi dan pada masa itu perpustakaan al-Basuti mula beroperasi dengan beberapa orang kakitangan.  Pada 12 Julai 1999 IPGKSM mula menerima guru pelatih kumpulan pertama berjumlah 125 orang yang mendaftar diri atas nama Maktab Perguruan Besut. Pada 10 Oktober 2002, MPB telah dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.

KEADAAN ASAL PERPUSTAKAAN

Seawal penubuhan IPGKSM, perpustakaan al-Basuti yang pada asalnya menggunakan nama Pusat Sumber Za'ba telah mengalami tansformasi. Oleh kerana MPB telah dinaiktaraf kepada IPGKSM maka dengan itu penggunaan perkataan pusat sumber telah ditukar kepada perpustakaan. Rentetan daripada itu juga, pada April 2013, pihak IPGM telah mengarahkan kepada semua perpustakaan IPGK untuk memberi nama yang unik kepada perpustakaan masing-masing. Nama-nama yang dipilih hendaklah terdiri dari tokoh-tokoh pendidik setempat. 

KEADAAN PERPUSTAKAAN SEAWAL PENUBUHAN

Oleh kerana nama Za'ba telah digunapakai oleh beberapa buah perpustakaan lain di Malaysia, maka pihak pengurusan telah bersetuju untuk menukar nama tersebut kepada nama baharu. Pada bulan Jun 2013, satu pertandingan pencalonan nama baharu perpustakaan telah dibuat dan terbuka kepada semua warga IPGKSM. Setelah perbincangan dan dipersetujui di dalam mesyuarat M3P, nama al-Basuti telah dipilih kerana menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Al-Basuti merupakan gelaran seorang tokoh ulama' yang terkenal seawal pembukaan Daerah Besut suatu ketika dahulu.

KEADAAN DI RUANG BACAAN BAHAGIAN ATAS

Tokoh ulama' yang dimaksudkan itu ialah datuk pada Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II sekarang. Nama lengkap datuknya berdasarkan tulisan beliau sendiri ialah Abdul Hamid bin Fadhlullah al-Basuti al-Falimbani. Yang dimaksudkan dengan ‘al-Basuti’ ialah Besut di Terengganu. Yang dimaksudkan dengan ‘al-Falimbani’ bukan Palembang di Sumatera Selatan, Indonesia tetapi adalah sebuah kampung dalam Besut di Terengganu.

Tuan Guru Haji Abdul Hamid bin Fadhlullah Besut asal usulnya juga berasal dari Patani, Thailand kerana pada masa dulu ramai ulama Besut dan raja-rajanya adalah berasal dari Patani. Antara ulama Besut yang berasal dari Patani ialah Syeikh Wan Hasan bin Syeikh Wan Ishaq al-Fathani. Beliau ini setelah berhijrah ke Besut dan dikenali dengan nama Syeikh Wan Hasan Besut.

Antara Raja Besut yang sangat erat hubungan dengan Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Daud bin Mustafa al-Fathani dan lain-lain ialah Tengku Long. Beberapa pucuk surat-menyurat antara Tengku Long, Raja Besut, dengan kedua-dua ulama yang berasal dari Patani di Mekah itu boleh dijadikan bukti hubungan erat kekeluargaan antara Patani dengan Besut.

Bahkan nama ‘Besut’ itu sendiri diberikan oleh ulama yang berhijrah ke negeri itu. Selain surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Daud bin Mustafa al-Fathani, dan Tengku Long, Raja Besut, rupa-rupanya dalam sebuah karya Tuan Guru Haji Abdul Hamid bin Fadhlullah Besut, yang diberi judul Thariqah as-Salikin, beliau memperkukuhkan dan menyerlahkan hubungan kedua-dua negeri itu termasuk pertalian keilmuannya.

Berdasarkan tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hamid bin Fadhlullah Besut sendiri, dapat dipastikan beberapa orang guru beliau dan asal usul ilmu yang beliau peroleh. Mulai halaman kulit dua buah karyanya dan halaman-halaman lain beliau menyebut nama guru yang paling banyak mengajarnya ialah Tok Kelaba al-Fathani.

Tuan Guru Haji Abdul Hamid bin Fadhlullah Besut menyebut nama Tok Kelaba secara lengkap, seperti tulis beliau, ‘Min Syaikhi Syaikhina Rahimahumallah Ta’ala dan dikehendaki dengan ‘Syaikhi’, iaitu Tuan Guru hamba yang alim, lagi warak, iaitu Tuan Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif bin Abdul Mu’min bin Abdus Shamad al-Kalantani tsumma al-Kalabawi tsumma as-Sauwi’.


SENARAI KETUA PERPUSTAKAAN

BIL

NAMA

TAHUN BERKHIDMAT

1.

SURIANA BINTI YUSOF

1999 – 2004

2.

ABD. RAHMAN BIN AB. WAHAB

2004 - 2010

3.

AHMAD SATMI BIN SALLEH

2011

4.

NORISIN BIN AHMAD

2012

5.

WAN MOHD. KHAIRI BIN WAN AWANG

2013 – 2016

6.

ABDUL HAKIM BIN ABDUL MAJID

2016

7.

AMIR BIN HUSSIN

2017 - 2019

8.

HAJAH WAN KAMSIAH BINTI WAN AHMAD

2019 - KINI


VISI

Perpustakaan untuk Pendidikan Keguruan yang cemerlang dan gemilang


MISI
  • Membolehkan semua pengguna mengakses informasi yang diperlukan melalui kaedah yang mudah, efisyen dan efektif.
  • Memperoleh dan mengguna kemahiran mengurus, menilai serta mengaplikasi maklumat ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dan professionalism guru.


OBJEKTIF
  • Membantu pelaksanaan kurikulum perguruan sejajar dengan keperluan semasa.
  • Membangunkan koleksi bahan-bahan yang memenuhi keperluan pengguna.
  • Menyediakan pelbagai maklumat dalam pelbagai sumber kepada pensyarah dan pelajar bagi mencapai objektif pendidikan.
  • Membantu melicinkan proses dan meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran pelajar.
  • Menggalakkan tabiat belajar dan minat membaca di kalangan pengguna
  • Menyediakan khidmat membaca dengan memberikan kemahiran maklumat mencari bahan dengan cepat dan tepat.
  • Menyediakan pelbagai perkhidmatan serta kemudahan.


PIAGAM PELANGGAN
  • Proses kad keahlian dalam tempoh 10 hari.
  • Proses kad gantian dalam tempoh 5 hari.
  • Aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh 2 minggu.
  • Ruang bacaan yang selesa dan mencukupi.
  • Layanan saksama untuk semua urusan perkhidmatan.
  • Bahan sumber, maklumat, analog atau digital memenuhi keperluan pelanggan dan terkini.
  • Premis yang selesa, bersih, senyap dan kondusif.
  • Kemudahan mengakses maklumat melalui OPAC.
  • Khidmat pinjaman dan pemulangan bahan adalah cekap dan tepat.
  • Edaran akhbar daripada pembekal diurus dengan cepat.
  • Kemudahan akses internet yang memuaskan.


Comments