KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Antara koleksi yang disediakan adalah:

KOLEKSI TERBUKA (OS)
  • Merangkumi bahan dari pelbagai bidang. Bahan ini  boleh diakses melalui rak di rak terbuka bagi tujuan rujukan dan peminjaman.
KOLEKSI RUJUKAN (REF)
  • Merupakan koleksi bahan rujukan seperti ensiklopedia, kamus, istilah, buku panduan, bibliografi, indeks, laporan tahunan dan lain-lain.  Bahan dalam koleksi ini ditanda “REF” dan hanya untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja.
KOLEKSI BUKU TEKS
  • Terdiri dari koleksi buku-buku teks sekolah rendah dan menengah dalam pelbagai subjek.
KOLEKSI RED SPOT
  • Terdiri dari bahan yang terbitan khas yang sukar didapati dipasaran.
KOLEKSI TERBITAN BERSIRI (MAJALAH/BULETIN)
  • Menempatkan buletin, majalah dan lain-lain bahan bersiri (dalam dan luar negeri).
KOLEKSI TERBITAN IPGM/IPGKSM
  • Menempatkan bahan-bahan terbitan yang diterima dari IPGM dan IPGKSM.
KOLEKSI PENYELIDIKAN (THESIS)
  • Merupakan hasil penyelidikan kakitangan akademik dan bukan akademik IPG Kampus Sultan Mizan serta kajian tindakan pelajar.  Koleksi ini hanya untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja dan pengguna dilarang membuat salinan.
KOLEKSI MULTIMEDIA
  • Merupakan koleksi yang merangkumi bahan multimedia seperti CD, pita video, pita audio, peta, kit, slaid dan lain-lain lagi. 
KOLEKSI BUKU-BUKU NADIR
  • Merupakan koleksi buku-buku lama yang mempunyai nilai-nilai tersendiri.
KOLEKSI KANAK-KANAK
  • Merupakan koleksi yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah.  


Comments