KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN


Antara kemudahan & perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Al-Basuti adalah:

1. PERKHIDMATAN PINJAMAN & PEMULANGAN
    1. Isi borang ahli di Kaunter Sirkulasi.
    2. Buku yang dipinjam hanya dibenarkan untuk tempoh satu bulan sahaja.
    3. Pemulangan buku boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi.
    4. Bayaran denda akan dikenakan kepada peminjam yang lewat menghantar buku melebihi tarikh yang telah ditetapkan.
2. PERKHIDMATAN TEMPAHAN BAHAN
    1. Isi borang di kaunter.
    2. Sekali tempahan sahaja bagi satu bahan untuk memberi peluang kepada pengguna lain merujuk bahan tersebut.
    3. Bahan tempahan hanya disimpan selama 1 minggu sahaja. Selepas itu, bahan tersebut akan disusun semula di rak.
3. PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN PINJAMAN

    1. Boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi dengan syarat bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain.
    2. Pembaharuan boleh juga dibuat dengan melalui talian telefon iaitu 09-6957021 (Sambungan: 2137) dengan menyatakan nombor kad pengenalan dan ID bahan yang tercatat pada bahan berkenaan.

4. PERKHIDMATAN ANTARA PERPUSTAKAAN (PAP)
    1. Perkhidmatan untuk mendapatkan bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan Al-Basuti tetapi terdapat di perpustakaan lain.
    2. Bilangan bahan yang boleh dipinjam mengikut dasar yang ditetapkan oleh perpustakaan yang berkenaan dan juga bergantung kepada bilangan dan keperluan bahan tersebut (2 bahan dalam tempoh 14 hari).
    3. Diuruskan oleh Pustakawan dan pengguna dikehendaki melengkapkan borang tempahan yang boleh didapati di Kaunter Sirkulasi.
    4. Permohonan perkhidmatan ini hendaklah dibuat sebulan lebih awal.

5. PERKHIDMATAN WI-FI
    1. Perkhidmatan Wi-Fi merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk pengguna Perpustakaan Al-Basuti.
    2. Perkhidmatan ini boleh diakses di mana-mana tempat di perpustakaan.
    3. Pengguna juga digalakkan menggunakan komputer riba sendiri untuk  mengakses kemudahan internet yang disediakan di Perpustakaan Al-Basuti dengan kemudahan Wi-Fi yang sedia ada.
 6. PERKHIDMATAN PENGKALAN DATA    
    1. Pengkalan data percuma boleh diakses melalui Google Sites Perpustakaan Al-Basuti, IPGKSM, serta blog Perpustakaan Al-Basuti.
    2. Perkhidmatan laman digital Perpustakaan Al-Basuti boleh dilayari melalui alamat :  
   7. PERKHIDMATAN BILIK KULIAH
Terdapat 3 bilik kuliah yang boleh ditempat untuk kelas atau perbincangan. Pengguna bilik-bilik perlu mendapat kebenaran dengan membuat tempahan di Kaunter.
    1. Bilik Sarjana 1 (kapasiti 20 orang)
    2. Bilik Sarjana 2 (kapasiti 10 orang)
    3. Bilik Hypermedia (kapasiti 70 orang) 
     **Bilangan kapasiti mengikut SOP COVID-19
  8. SURAU

 9.  BILIK MESYUARAT

10. BILIK ARKIB
Bilik yang menempatkan bahan-bahan dan buku-buku lama (koleksi nadir) 

11. RUANG LOBI & PENTAS KECIL 

12. KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

13. ZON SANTAI ILMU

Pensyarah dan pelajar berehat sambil membaca majalah/buletin yang disediakan di rak.

14. ZON DIGITAL
Terdapat 3 buah komputer disediakan bagi pengguna untuk mencari bahan secara atas talian, OPAC, serta kemudahan kepada pengguna perpustakaan.  

15. ZON SENYAP
Ruang ini berkonsep peribadi kerana ruang tersebut kalis bunyi dan sesuai bagi pengguna yang inginkan suasana yang sunyi. 

16. PERPUTAKAAN KANAK-KANAK
Perpustakaan Kanak-Kanak adalah tempat dimana pengguna dapat mempraktikkan pembelajaran untuk sesi kanak-kanak. Perpustakaan Kanak-Kanak Al-Basuti menyediakan buku-buku cerita, latihan, bukan fiksyen dan fiksyen bersesuaian dengan tema perpustakaan kanak-kanak.

 17. ZON BIBLIOTERAPI

Biblioterapi merupakan satu kaedah penyembuhan melalui buku-buku terpilih. Zon Bibilioterapi ini menyediakan medium seperti permainan, kata-kata motivasi, dan buku fiksyen/bukan fiksyen kepada pengguna. Selain itu, terdapat juga elemen 'makerspace' di mana pengguna dapat mencipta mengikut kreativiti masing-masing.

18. OPAC (Online Public Access Catalog)
Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan OPAC untuk melakukan pencarian bahan di dalam perpustakaan dengan mudah dan cepat. 

19. LIB CAFE'
Pengguna boleh menggunakan Lib Cafe' sebagai tempat makan dan minum.

 20. LOKER

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan loker untuk menyimpan beg dan barangan sebelum memasuki perpustakaan.

21. BILIK REDSPOT

Bilik ini menempatkan bahan-bahan seperti koleksi khas, majalah, jurnal, prosiding dan koleksi Mizanis di mana bahan-bahan ini tidak boleh dibawa keluar dari Bilik Redspot. Pengguna Bilik Redspot perlu mendapat kebenaran dengan membuat tempahan di Kaunter.

 

Comments